Tuesday, June 21, 2016

Permulaan untuk rumah pertama kami

Posted by Mai Ismail 0 komen budak comel Links to this post
Macam aku ade mention dekat previous post yang aku duduk dengan mak aku sementara utk dapat rumah sewa lain kan. Hari2 aku Google cari iklan mane2 rumah sewa sekitar rumah mak aku tu. Ade jugak ronda2 cari dengan husband tapi mahal2 belaka rumahnye. Satu hari tu abg aku no 4 datang rumah mak aku. Dia tanya aku, aku nak tak beli rumah bulan2 bayar RM500++. Gila tak nak, mesti la aku nak.

Pastu dia cakap kat kawasan rumah dia tu ade apartment nak jual. Takde lif la sbb hanya 5 tingkat aje. Aku tak kisah tak de lif pon asalkan rumah sendiri. Jadi dia pon bawak aku n husband pegi jenguk rumah tu. Kawasan rumah aku tengok ni Salak Perdana, Sepang. Rasenye semua tau kot perumahan kat sni tergendala sebab developer sebelum ni bankrap sebab projek kat situ projek terbesar dekat Selangor yang tergendala. So time tu developer baru take over iaitu NCT United Development. 

Sampai kat apartment tu, terus aku masuk salah satu rumah utk tengok dalaman dia. Agak kecik tapi boleh la utk aku, husband n our future baby. Kat situ ade 2 blok je, Blok P dan Blok Q. Husband aku suka and tanya abg aku contact person utk apartment tu. So abg aku bagi no Jacky. Jacky ni mmg NCT developer tu. So mungkin harga rumah tak la mahal sebab direct developer kan. Aku terus call Jacky tu. Jacky tu kata, kalau berminat, kena datang dekat office dia dekat Puchong utk booking.

Aku n husband pon bincang. Memandangkan kami ni bukan lah banyak duit jadi agak risau la kan kang tak terbeli plak rumah tu sebab kami mmg dah target rumah tu. Kami mintak off-day 1 hari utk pergi office NCT kt Puchong tu. Awal2 pagi aku datang sebab kata Jacky unit dh tak banyak memang kena cepat. Sampai2 tu, Jacky sambut kiteorg dan bagi list2 rumah yang masih available. Dia terangkan pasal yuran guaman ape semua. Detail dia macam kat bawah.

- Booking fees hanya RM500 untuk apartment ni.
- 10% rebate daripada harga rumah. Senang kata, aku tak perlu dah nak sediakan 10% pendahuluan since ade rebat 10% ni. Alhamdulillah.
*Zero entry cost on legal & stamp; disbursement fee for;
- All SPA doc include stamp duty fot M.O.T
- All Loan doc include tamp duty

Aku dengar jela kan penerangan dari Jacky ni. Then pilih unit yang kami berkenan. Husband kata dia tak nak paling bawah. nak tingkat 1. Tpi time tu tingkat 1 semua dah penuh. Jadi hanya tingkat 2 je available. Bab pemilihan rumah, aku serah pada husband sbb dia pandai tengok floor plan. Husband pilih Blok Q sbb blok tu agak sejuk berbanding Blok P, Blok P mengadap jalan utama jadi mesti agak bising. Dah selesai pilih unit yang kami berkenan, kami terus bayar RM500 booking fees tu. Kalau loan tak lulus, duit akan dipulangkan. Lega la hati dengar mcm tu kan.

Balik rumah je mcm2 yang aku berangan. Nak2 ni rumah pertama kami. Husband excited sangat sebab ni property pertama dia kan. Tapi kami risau sebab saving kami tak cukup banyak. Kami baru nikah bulan Disember 2013. Time kami booking ni bulan Mei 2014. Lepas booking ni aku terus sediakan dokumen utk submit utk apply housing loan. Aku try Bank Islam, Affin Bank, Maybank, Bank Rakyat dan mcm2 lagi. Tapi hanya Bank Rakyat je yang terima sebab perumahan aku nak beli tu kawasan tergendala, most bank tak berani nak bagi pinjaman. Nak beli rumah ni hati korg kena kental dan rajin. Mcm2 ujian aku hadapi sepanjang nak beli rumah ni. Next entry aku akan update mcm mane proses aku submit semua borang housing loan ni semua.

First baby gender is BOY

Posted by Mai Ismail 0 komen budak comel Links to this post
Aku dan husband nak sangat tau gender first baby ni ape jadi aku pon schedule kan appointment dekat Poliklinik An-Nur Presint 15, Putrajaya. Just Google no tepon dan call. Last2 dia kata tak payah appointment, just walk in je. Okay. Aku pon bagitau la lepas keje aku ke sane utk scan. Kat situ ade scan 2D je, klu korg nak scan 4D kena pegi Klinik Maria dekat Alamanda, Putrajaya tu. Kat situ korg kena schedule appointment.

** gambar ni aku amik dari Google, bukan hasil tangkapan gambar dari aku

Okeh, masuk2 je aku terus register sebab belum penah pon datang situ. Pes time. Dorg mintak IC aku utk register, takut aku ni foreigner la kot sampai mintak IC. HAHAHAHAHA. Gurau2 aje. Tu prosedur biasa sebagai rakyat Malaysia wajib la tunjuk IC ko mane2 ko pegi kan. Okeh dah melalut.

Aku pon tunggu la turn name aku dipanggil, kat situ ade kerusi comel2 belaka, so duduk la kat situ menunggu. Dok borak2 dengan husband, name aku muncul kat skrin. Aku n husband pon masuk n doktor time tu Dr. Hayati. She very friendly. Senyum aje. Manis plak tu senyuman dia. Sejuk hati hakak tengok muka dia. Time ni aku pregnant 18 weeks.

Dia suruh baring atas tempat baring tu utk mula scan. Dia godek2 perut aku dengan benda alah tu cari kepala anak aku. Tengok tulang semua. Aku tergamam tengok skrin. ANAK AKU. Husband aku pegang tangan aku, aku tau dia pon sebak tengok skrin jugak sebab tu our first baby. Then doktor tanya, nak dengar heart beat baby tak. Aku cakap la nak. Bile dengar heart beat anak aku tu, terus mengalir air mata aku. Rasa happy yang tak boleh digambarkan. 

Then aku mintak doktor tengok ape gender anak aku time. Doktor pon dok godek2 tengok, dia fokus tang bawah nun nak tengok gegirl ke boboy. Aku agak kurang mahir nak tilik gender tu. Then dia senyum, n cakap 'Nampak tak bebird ni?' smbil tunjuk dekat skrin. Aku serius tak nampak, tapi husband aku nampak. Dia kiss tangan aku. Romantik la pulak pakcik ni depan org. Malu aku. Hehehehe.

Tak lame pas tu anak aku ubah kedudukan dia. So dah tak nampak dh bebird dia. Doktor pon print 2D scan tadi utk simpanan aku. Dalam keta aku asyik dok tengok je gambar ni sambil usap2 perut aku. Rasa bahagia sangat n bersyukur Allah bagi aku rezeki dan nikmat ni. Hanya sape2 yang penah jadi ibu jela yang tau perasaan aku time ni. Sekian.


Having a first baby. Yeah!!!!!

Posted by Mai Ismail 0 komen budak comel Links to this post
Aku lewat period dah sebulan lebih. Last period 15 Feb 2014. Dalam hati ni kuat dok kata aku mungkin pregnant, bagitau husband yg aku rase aku pregnant. Dia pon ckp, nanti kita beli la pregnancy test. Balik dari keje tu terus singgah 7-eleven dekat belakang rumah mak. Ohh ya, lepas kawin aku duduk sementara dengan mak aku sebelum nak cari rumah sewa. Mak aku suruh duduk dulu sementara.

Okeh, berbalik pada citer pregnancy test tadi, aku pon suruh husband pegi beli, aku dok dalam kereta sbb sakit kepala gila. Husband pon beli brand Dip 'n' Tell warna Pink. Harga dalam RM12.90 gitu, aku tak bape ingat exact harga.

Baliknya tu, hati gatal nak pegi test tapi husband tak bagi. Kata dia test mase first air kencing aku bangun Subuh nanti. Aku pon ikut jela. Subuh tu aku rase nak terkucil. Lupe bawak pregnancy test tu, aku pon pulun tahan kencing tu patah balik masuk bilik amik pregnancy test and test. Result dia seperti kat bawah.


Aku tunjuk la kat husband pregnancy test ni. Dia dgn blur blur pagi dia hanya senyum n kiss aku pastu sambung tdo. Hmmph. Menyampah. Adik aku plak belum tdo time tu, aku ketuk la bilik la tunjuk pregnancy test ni. Dia punye happy kalah laki aku. Hahahahaha.

Demikianlah mulanya perjalanan aku utk first baby ni. Selang 2 harinya aku terus pegi scan dan nampak kantung kecik tu. Doktor kata time tu usia kandungan aku dah 4 minggu lebih. Patut la terang je UPT Test aku tu.



Monday, June 20, 2016

Hari Pernikahan aku

Posted by Mai Ismail 0 komen budak comel Links to this post
Emm. Nak citer pasal kisah pernikahan aku ni panjang berjela walaupun aku n husband prepare semua dalam mase 2 minggu je.Korg boleh bace kronologi 2 minggu sebelum hari nikah aku. Aku tak ingat tarikh, jadi korg bace la ea.

2 minggu sebelum nikah

- Amik borang nikah lelaki dan perempuan.

- Buat test HIV. Alhamdulillah Negatif HIV, kalau Positif memang tak kawin la aku.

- Submit borang2 nikah belah lelaki dan perempuan dekat Pejabat Agama Islam Salak Tinggi, Sepang. Husband aku org Johor tapi dia dah menetap kat Selangor dalam lebih kurang 6 bulan, jadi boleh amik borang dekat Selangor ni.

-  Bahagian lelaki agak senang, tak banyak bende pon. Bhgian perempuan mmg byk sikit la. Memandangkan mak ayah aku dah hilang sijil kawin dorg, aku n papa kena pegi Pesuruhjaya Sumpah utk angkat sumpah kat mane n tarikh mak papa nikah.

So bahagian borang semua banyak dah settle. Just kena beli barang2 aje. Memandangkan mak dan adik beradik aku yang lain pegi Krabi, Thailand bercuti. Aku kena tggu dorg balik next weeknye.

1 minggu sebelum nikah

Aku, kakak aku n husband pegi KL utk cari brg2 nikah. Baju, tudung, emas n etc.

- Bende pertama kteorg cari adalah EMAS. Yeahhhh emas beb. Aku mase tu tak bape minat sgt emas sbb tak pernah pakai pon. Jadi follow jela kakak aku bawak pi mane. Sampai kedai emas kt KL ni, kakak aku yang pilih semuanye. Gelang tangan n cincin belah rotan. Memandangkan husband aku masih praktikal sama mcm aku jugak, kakak aku dahulukan duit dia utk beli semuanye.

- Then kami rushing cari baju, baju aku la paling payah nak cari sebab aku agak tembam, ssh nak cari baju yg fit dengan aku. Baju husband aku senang je cari sbb baju melayu.

- Tudung n veil tak dapat2 lagi. Aduhai, susah hati aku ni haa. Time tu mmg dah lewat mlm then kakak aku kalau boleh nak settlekan semuanye hari yg same sbb byk lagi urusan lain dia nak buat. Aku pon ckp la, pakai jela mane2 tudung yg ade kt rumah tu. 

- Aku ternampak veil kaler oren kat pasar malam. Same kaler dengan beading baju aku. Emmm. Malas nak fikir panjang, aku beli je. Utk pengetahuan korg, aku time nikah ni beli mane yg sempat n nampak aje sebab last minit kan. 

- Kakak aku booking khemah 1 dengan meja n kerusi. Target tetamu mmg tak ramai.

Sehari sebelum nak nikah

- Abg n kakak aku buat pelamin DIY utk hari nikah aku. Mmg terharu sgt. Walau pernikahan aku ni teramat simple. Time ni jugak mak aku busy siapkan lauk masak2. Seingat aku lauk mase nikah aku tu Ayam Masak Merah, Sambal Belacan, Ikan Goreng, Kari Ayam. Tak salah aku la. Aku tak ingat sangat.

- Jemputan lebih pada jiran n family terdekat. Time ni mmg aku tak terfikir nak invite kwn2 sebab mmg sibuk dok uruskan hal nikah. Mesti byk kwn2 aku yg kecik hati kan? Maaf ye kwn2.

Hari pernikahan - Jumaat (27 Disember 2013)

- Aku bersiap2 utk ke Pejabat Agama Islam Salak Tinggi utk dinikahkan. Aku dah booking masjid kwsn rumah aku tu tapi tak dapat jadi nikah di dewan yg Pejabat Agama Islam sediakan. Lawa jugak dewan dia. Hari tu jugak, aku pertama kali berjumpa mak dan ayah mertua aku. Yelah sebab aku tak pernah pegi rumah mereka kat Johor sbb mak aku kata tak manis anak dara pegi rumah anak teruna.

- Semua sudah ade n sampai. Tok kadi pon srh husband aku praktis banyak kali utk lafazkan depan dia siap lawak bagai. Husband aku ssh nak sebut 'R' jadi agak rumit nak sebut nama aku SITI UMAIRAH BINTI ISMAIL tu. 3 kali praktis. Ish ish ish.

- Dengan sekali lafaz, aku jadi isteri kepada MOHAMAD ALLAUDDIN BIN SHAMSUL. Aku bersyukur sgt2 akhirnye aku jadi isteri kepada org yg aku syg. Aku agak fobia dengan cinta2 sebelum ni. Suami aku buktikan dia ikhlas menerima aku seadanya.

- Selesai dinikahkan, kami balik ke rumah utk layan tetamu yg ade. Hari nikah tu hari Jumaat. Husband kena pegi solat Jumaat dlu. Habis solat Jumaat baru jamu tetamu makan. 

- Time ni amik2 gambar satu family. Aku tak mintak izin suami aku lagi nak upload semua gambar, jadi aku upload satu jela ea yang aku letak kt FB.


Ape pon aku bersyukur sgt walau majlis aku serba sederhana, asalkan aku dan husband dah jadi yang halal Terima kasih  yang tak terhingga pada keluarga aku yang banyak membantu dari A sampai la Z. Tak lupa juga pada keluarga husband yg dari jauh datang untuk raikan pernikahan kami berdua.

Terima kasih sangat2 :)

My first job as Software Engineer

Posted by Mai Ismail 0 komen budak comel Links to this post
Aku mula start intern pada bulan 6 2013. Aku intern dekat Vista Solution Sdn Bhd, Ampang. Aku n husband time tu same tempat praktikal. Bulan 7 aku dah mula apply kerja kat Jobstreet, beranikan diri yang tanpa pengalaman untuk hantar CV aku dan husband ke company2 IT area KL dan Cyberjaya. Byk giler aku apply, tak terkira banyaknye. Tapi kat sini aku highlight company mane yang aku dapat la ye.

Aku tak ingat exact date tapi dalam bulan 9 gitu company Brilliance Information Sdn Bhd call utk sesi interview dekat branch dia Cyberjaya. Husband aku pon dapat jugak call time tu. Aku happy + nervous sgt2. Yelah, dah banyak sgt pergi interview satu pon tak lekat. Pastu HR tu pon email aku ape bnde aku kne bawak mase interview nanti. Aku semangat get prepare semua barang tu termasuk husband aku. Aku pon study jugak sikit2 utk prepare mase interview nanti sbb bhgian IT ni mesti ade test.

Hari interview tu sampai, papa hantar aku n husband ke tempat interview tu. Jantung aku toksah kata, mcm nak tercabut dah rasenye, sambil doa2 moga ade rezeki aku n dipermudahkan sepanjang interview ni. Masuk2 je, HR bagi aku soklan test. Aishhhh. Aku dah agak dah. Tapi nasib baik time tu aku masih dalam praktikal, coding2 tu ade la ingat sikit. Lepas jawab soklan tu. HR suruh jawab soklan kt PC plak, dalam hati aku ni dok mengomel. Bape byk la soklan dia nak bagi kat aku ni sebenarnye. Last2 jawab jela dengan redha. Aku pass ujian kt PC tu. Then dia srh tggu utk interview. Time tu ramai jgk la ade, buat aku cuak giler. Sorg2 masuk utk interview. 

Interviewer ade 4 org. 3 IT division, 1 HR. Mengigil beb toksah kata. Semua muka ketat pandang aku. Aku makin nervous la. Mula2 tu mcm biase la soklan dia tanya pasal diri aku semua. Pastu dia tanya aku, skrg praktikal aku buat project ape. Aku cakap la aku buat e-commerce and POS. Dorg boleh suruh aku lukis ERD kat whiteboard situ. Aku mane la ingat time tu, aku hentam jela ape yg aku lukis. Tawakal aje yg banyak. bla bla bla. Sesi interview tamat dalam 30 minit dorg 'soal siasat' aku. Aku jadi serik nak pegi interview. Boleh mati sakit jantung weh.

Then lepas interview aku balik n demam sebab terlampau gemuruh. Aku memang akan jadi gini. Keesokan harinye aku teruskan hidup aku mcm biase, pegi then balik intern. Satu hari tu aku dapat email dari HR Brinfo tu. 


Remuk jugak la hati aku sebab tak dapat tapi aku memang dah jangkakan aku tak dapat sebab aku terlampau nervous time tu. Aku tanya husband, dia dapat tak email mcm aku, dia kata tak dapat pon. Aku diamkan aje la.

Hampir sebulan berlalu, aku terima lagi email dari Brinfo.

 

Happynye tak terkata. Tapi sedih la, kejap kata tak dapat, kejap kata dapat. Mesti aku ni stok simpanan aje. hehehehehehe. Ape2 pon aku bersyukur sangat time ni. Husband pon dapat jugak offer keje. Tapi dia kena pegi 2nd interview, aku tak payah pon. Wahahahahahahahaha. Aku balik dari praktikal, aku bagitau papa sebab papa pick up aku dari ERL, Salak Tinggi hari2. Papa happy sgt, aku happy tgk papa aku happy. Adik aku kata mak ayah aku siap berpuasa tanda bersyukur aku dapat kerja tu. Sebak sgt hati. Terima kasih mak papa.

Reporting day aku diubah pada 2 Januari 2014 sebab nak bagi aku habiskan internship aku dulu. Aku rase lega sgt2, aku belum habis intern and aku dapat offer keje tu. Mmg rezeki dari Allah ni nikmat sgt2. Internship aku habis 30 Disember 2013. Aku tak de la mase nak rehat2 lepas intern. Cuti bape hari terus naik kerja. KERJA beb!!

Lama tak berblogging

Posted by Mai Ismail 0 komen budak comel Links to this post
Hati terdetik nak bukak balik blog yang dah lame aku tinggalkan. Last aku aktif masa dekat U tapi merepek banyak pasal love life mase dekat U dengan pakwe time tu (now, my husband :) ). Bila baca balik content yang aku publish sebelum ni rasa macam childish sangat. Memalukan. Hahahahaha. So aku decide nak kosongkan blog dan tulis benda yang berguna dan juga ceritakan pengalaman hidup aku yang aku rasa boleh dikongsikan dengan semua untuk pengajaran bersama.

Aku akan update satu persatu, starting dari life aku after bernikah dengan husband pada 27 Disember 2013 yakni lagi bape hari aku nak habis pratikal. Kalau korg rasa nak terus baca, silakan.
 

Mai Ismail Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea