Tuesday, June 21, 2016

First baby gender is BOY

Posted by Mai Ismail
Aku dan husband nak sangat tau gender first baby ni ape jadi aku pon schedule kan appointment dekat Poliklinik An-Nur Presint 15, Putrajaya. Just Google no tepon dan call. Last2 dia kata tak payah appointment, just walk in je. Okay. Aku pon bagitau la lepas keje aku ke sane utk scan. Kat situ ade scan 2D je, klu korg nak scan 4D kena pegi Klinik Maria dekat Alamanda, Putrajaya tu. Kat situ korg kena schedule appointment.

** gambar ni aku amik dari Google, bukan hasil tangkapan gambar dari aku

Okeh, masuk2 je aku terus register sebab belum penah pon datang situ. Pes time. Dorg mintak IC aku utk register, takut aku ni foreigner la kot sampai mintak IC. HAHAHAHAHA. Gurau2 aje. Tu prosedur biasa sebagai rakyat Malaysia wajib la tunjuk IC ko mane2 ko pegi kan. Okeh dah melalut.

Aku pon tunggu la turn name aku dipanggil, kat situ ade kerusi comel2 belaka, so duduk la kat situ menunggu. Dok borak2 dengan husband, name aku muncul kat skrin. Aku n husband pon masuk n doktor time tu Dr. Hayati. She very friendly. Senyum aje. Manis plak tu senyuman dia. Sejuk hati hakak tengok muka dia. Time ni aku pregnant 18 weeks.

Dia suruh baring atas tempat baring tu utk mula scan. Dia godek2 perut aku dengan benda alah tu cari kepala anak aku. Tengok tulang semua. Aku tergamam tengok skrin. ANAK AKU. Husband aku pegang tangan aku, aku tau dia pon sebak tengok skrin jugak sebab tu our first baby. Then doktor tanya, nak dengar heart beat baby tak. Aku cakap la nak. Bile dengar heart beat anak aku tu, terus mengalir air mata aku. Rasa happy yang tak boleh digambarkan. 

Then aku mintak doktor tengok ape gender anak aku time. Doktor pon dok godek2 tengok, dia fokus tang bawah nun nak tengok gegirl ke boboy. Aku agak kurang mahir nak tilik gender tu. Then dia senyum, n cakap 'Nampak tak bebird ni?' smbil tunjuk dekat skrin. Aku serius tak nampak, tapi husband aku nampak. Dia kiss tangan aku. Romantik la pulak pakcik ni depan org. Malu aku. Hehehehe.

Tak lame pas tu anak aku ubah kedudukan dia. So dah tak nampak dh bebird dia. Doktor pon print 2D scan tadi utk simpanan aku. Dalam keta aku asyik dok tengok je gambar ni sambil usap2 perut aku. Rasa bahagia sangat n bersyukur Allah bagi aku rezeki dan nikmat ni. Hanya sape2 yang penah jadi ibu jela yang tau perasaan aku time ni. Sekian.


0 komen budak comel:

Post a Comment

 

Mai Ismail Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea