Tuesday, June 21, 2016

Having a first baby. Yeah!!!!!

Posted by Mai Ismail
Aku lewat period dah sebulan lebih. Last period 15 Feb 2014. Dalam hati ni kuat dok kata aku mungkin pregnant, bagitau husband yg aku rase aku pregnant. Dia pon ckp, nanti kita beli la pregnancy test. Balik dari keje tu terus singgah 7-eleven dekat belakang rumah mak. Ohh ya, lepas kawin aku duduk sementara dengan mak aku sebelum nak cari rumah sewa. Mak aku suruh duduk dulu sementara.

Okeh, berbalik pada citer pregnancy test tadi, aku pon suruh husband pegi beli, aku dok dalam kereta sbb sakit kepala gila. Husband pon beli brand Dip 'n' Tell warna Pink. Harga dalam RM12.90 gitu, aku tak bape ingat exact harga.

Baliknya tu, hati gatal nak pegi test tapi husband tak bagi. Kata dia test mase first air kencing aku bangun Subuh nanti. Aku pon ikut jela. Subuh tu aku rase nak terkucil. Lupe bawak pregnancy test tu, aku pon pulun tahan kencing tu patah balik masuk bilik amik pregnancy test and test. Result dia seperti kat bawah.


Aku tunjuk la kat husband pregnancy test ni. Dia dgn blur blur pagi dia hanya senyum n kiss aku pastu sambung tdo. Hmmph. Menyampah. Adik aku plak belum tdo time tu, aku ketuk la bilik la tunjuk pregnancy test ni. Dia punye happy kalah laki aku. Hahahahaha.

Demikianlah mulanya perjalanan aku utk first baby ni. Selang 2 harinya aku terus pegi scan dan nampak kantung kecik tu. Doktor kata time tu usia kandungan aku dah 4 minggu lebih. Patut la terang je UPT Test aku tu.



0 komen budak comel:

Post a Comment

 

Mai Ismail Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea