Tuesday, June 21, 2016

Permulaan untuk rumah pertama kami

Posted by Mai Ismail
Macam aku ade mention dekat previous post yang aku duduk dengan mak aku sementara utk dapat rumah sewa lain kan. Hari2 aku Google cari iklan mane2 rumah sewa sekitar rumah mak aku tu. Ade jugak ronda2 cari dengan husband tapi mahal2 belaka rumahnye. Satu hari tu abg aku no 4 datang rumah mak aku. Dia tanya aku, aku nak tak beli rumah bulan2 bayar RM500++. Gila tak nak, mesti la aku nak.

Pastu dia cakap kat kawasan rumah dia tu ade apartment nak jual. Takde lif la sbb hanya 5 tingkat aje. Aku tak kisah tak de lif pon asalkan rumah sendiri. Jadi dia pon bawak aku n husband pegi jenguk rumah tu. Kawasan rumah aku tengok ni Salak Perdana, Sepang. Rasenye semua tau kot perumahan kat sni tergendala sebab developer sebelum ni bankrap sebab projek kat situ projek terbesar dekat Selangor yang tergendala. So time tu developer baru take over iaitu NCT United Development. 

Sampai kat apartment tu, terus aku masuk salah satu rumah utk tengok dalaman dia. Agak kecik tapi boleh la utk aku, husband n our future baby. Kat situ ade 2 blok je, Blok P dan Blok Q. Husband aku suka and tanya abg aku contact person utk apartment tu. So abg aku bagi no Jacky. Jacky ni mmg NCT developer tu. So mungkin harga rumah tak la mahal sebab direct developer kan. Aku terus call Jacky tu. Jacky tu kata, kalau berminat, kena datang dekat office dia dekat Puchong utk booking.

Aku n husband pon bincang. Memandangkan kami ni bukan lah banyak duit jadi agak risau la kan kang tak terbeli plak rumah tu sebab kami mmg dah target rumah tu. Kami mintak off-day 1 hari utk pergi office NCT kt Puchong tu. Awal2 pagi aku datang sebab kata Jacky unit dh tak banyak memang kena cepat. Sampai2 tu, Jacky sambut kiteorg dan bagi list2 rumah yang masih available. Dia terangkan pasal yuran guaman ape semua. Detail dia macam kat bawah.

- Booking fees hanya RM500 untuk apartment ni.
- 10% rebate daripada harga rumah. Senang kata, aku tak perlu dah nak sediakan 10% pendahuluan since ade rebat 10% ni. Alhamdulillah.
*Zero entry cost on legal & stamp; disbursement fee for;
- All SPA doc include stamp duty fot M.O.T
- All Loan doc include tamp duty

Aku dengar jela kan penerangan dari Jacky ni. Then pilih unit yang kami berkenan. Husband kata dia tak nak paling bawah. nak tingkat 1. Tpi time tu tingkat 1 semua dah penuh. Jadi hanya tingkat 2 je available. Bab pemilihan rumah, aku serah pada husband sbb dia pandai tengok floor plan. Husband pilih Blok Q sbb blok tu agak sejuk berbanding Blok P, Blok P mengadap jalan utama jadi mesti agak bising. Dah selesai pilih unit yang kami berkenan, kami terus bayar RM500 booking fees tu. Kalau loan tak lulus, duit akan dipulangkan. Lega la hati dengar mcm tu kan.

Balik rumah je mcm2 yang aku berangan. Nak2 ni rumah pertama kami. Husband excited sangat sebab ni property pertama dia kan. Tapi kami risau sebab saving kami tak cukup banyak. Kami baru nikah bulan Disember 2013. Time kami booking ni bulan Mei 2014. Lepas booking ni aku terus sediakan dokumen utk submit utk apply housing loan. Aku try Bank Islam, Affin Bank, Maybank, Bank Rakyat dan mcm2 lagi. Tapi hanya Bank Rakyat je yang terima sebab perumahan aku nak beli tu kawasan tergendala, most bank tak berani nak bagi pinjaman. Nak beli rumah ni hati korg kena kental dan rajin. Mcm2 ujian aku hadapi sepanjang nak beli rumah ni. Next entry aku akan update mcm mane proses aku submit semua borang housing loan ni semua.

0 komen budak comel:

Post a Comment

 

Mai Ismail Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea